NADI Awareness - NADI SAFE: Perisian Merbahaya
7 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2025, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Webinar NADI Awareness - NADI SAFE: Perisian Merbahaya yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan disertai oleh seorang peserta.
Modul NADI SAFE: Perisian Merbahaya diwujudkan untuk memberi pendedahan awal mengenai ancaman yang berpunca daripada perisian berbahaya atau lebih dikenali sebagai malware. Modul ini bertujuan untuk mendidik pengguna tentang risiko, kesan dan langkah-langkah perlindungan terhadap perisian yang boleh merosakkan peranti serta mencuri maklumat peribadi.
Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada cara-cara mengesan kehadiran perisian merbahaya, seperti kewujudan aplikasi yang tidak dikenali, iklan pop-up yang mencurigakan, atau perubahan tingkah laku sistem secara tiba-tiba. Selain itu, peserta juga akan diberi panduan asas keselamatan digital, antaranya penggunaan antivirus yang sah, kepentingan kemas kini perisian, serta amalan selamat ketika melayari internet dan memuat turun kandungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: